Tikam isteri sebanyak 50 kali disebabkan cemburu, tetapi si isteri sempat merakam perbuatan suaminya dan melaporkan keadaan mereka sebelum dia di tikam .

 

Isteri Maut Ditikam Sebanyak 50 Kali..Sempat Rekod Tindakan Kejam Suami

tikam isteri

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 18 tahun atas kesalahan menikam isterinya sebanyak 50 kali hingga mengakibatkan mangsa maut.

Tikam isteri 50 kali

tikam isteri

Suspek iaitu David Xavier, 38, dipercayai bertindak kejam dengan menikam isterinya, Andreia Guilherme, 30, kerana cemburu. Difahamkan, hubungan pasangan ini dikatakan agak dingin kerana mangsa meminta mahu memutuskan hubungan dengan suspek.

Malah malam sebelum kejadian, mangsa dikatakan ada menghantar kiriman mesej kepada rakan dan keluarganya memaklumkan bahawa pertengkarannya dengan Xavier semakin serius. Guilherme juga sempat memberitahu bahawa suspek beberapa kali mengacukan pisau ke arahnya. Mangsa juga sempat menghantar rakaman audio kepada mereka. Difahamkan, itu adalah komunikasi terakhir bersama mangsa sebelum dia ditemui tidak bernyawa dengan keadaan berlumuran darah di atas lantai bilik rumahnya.

Tidak lama kemudian, suspek menghubungi kakaknya dengan memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia.

Andreia Guilherme mengalami lebih 50 tikaman di bahagian depan dan belakang badannya, ada yang menggunakan kekerasan sehingga merosakkan organ dalamannya dan meninggalkan kesan pisau pada tulang dan tulang rawan rusuknya.

Sebagai info, Guilherme dibunuh di rumahnya di Croydon pada 11 Disember 2020.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item