Seorang bapa kepada seorang murid menyebabkan seorang guru sekolah buta mata kanan disebabkan anaknya ditegur merokok di kantin sekolah

 

'Balas dendam' demi anak! Guru buta mata kanan gara-gara tegur murid merokok di kantin sekolah

Suspek menyerahkan diri selepas dipujuk keluarganya.

HANYA kerana menegur seorang murid yang didapati menghisap rokok di sekolah, seorang guru buta mata kanan akibat dilastik.

Mangsa mengalami kecederaan kekal itu selepas bapa murid terbabit datang 'membalas dendam' kerana dia dikatakan menendang di bahagian kepala ketika menegur.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah agama di Daerah Rejang Lebong, Bengkulu, Indonesia.

Menurut pegawai polis Rejang Lebong, Kompol Yusiady, suspek bagaimanapun melarikan diri dan bersembunyi selepas melakukan penganiayaan terhadap mangsa.

"Sebelum itu, suspek telah menghubungi isterinya di rumah. Dia diyakinkan untuk menyerahkan diri dan akhirnya akur berbuat demikian," katanya.

Suspek kemudian ditahan pada 5 Ogos lalu selepas menyerahkan diri.

Pun begitu, anak mangsa menyatakan ayahnya tidak menendang kepala murid terbabit sebaliknya melakukannya di kaki kerana terkejut melihat perbuatan tersebut.

"Perbuatan spontan itu berlaku kerana ayah terkejut melihat perbuatan muridnya yang merokok di kantin sekolah," jelasnya. - Kumparan


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item