selepas Shiela Amzah, kini tiba giliran Vanessa Reynauld untuk menempah nama di china apabila berjaya menyertai program nyanyian terkenal di China iaitu ‘Sing! China 2023’.

 

Vanessa Reynauld Sertai Pertandingan Di China, Berjaya Buat 4 Mentor ‘Ternganga’

Vanessa Raynauld

Penyanyi muda berbangkat besar, Vanessa Reynauld meluahkan rasa bangga apabila berjaya menyertai program nyanyian terkenal di China iaitu ‘Sing! China 2023’.

Bikin 4 mentor teruja!

Vanessa Raynauld

Menurut Vanessa, dia tidak menyangka apabila persembahannya ketika peringkat ‘Blind Audition’ yang berlangsung Jumaat lalu telah berjaya menambat hati empat mentor program terbabit iaitu Emil Chau, Joker Xue, Will Pan dan Henry Lau.

Jelas Vanessa lagi, dia juga berdepan situasi sukar untuk membuat keputusan memilih siapakah mentornya.

Sebenarnya saya tidak letakkan harapan yang tinggi. Saya cuma nak berikan persembahan terbaik yang memuaskan hati supaya tidak menyesal walaupun tiada seorang mentor pun berpusing.

Kini, harapan saya sudah tercapai dengan sambutan luar biasa itu kerana ramai mula kenal dan pandang bakat saya. Tapi bila tengok sokongan padu khususnya peminat Malaysia, saya tambah semangat nak melangkah ke pentas akhir.

Awalnya saya tak menetapkan mana satu mentor yang saya benar-benar nak pilih. Saya nak rasa sendiri atas pentas kesungguhan setiap mentor untuk merekrut saya.

Ada juga rasa nak Henry sebab dengannya mungkin saya boleh cuba pelbagai genre lagu. Tapi akhirnya saya pilih Emil demi kebaikan kerana dia memang cukup berpengaruh dan tepat membimbing genre nyanyian balada saya.

Dalam masa sama, Vanessa berharap agar diberi peluang untuk membuat lebih banyak persembahan di pentas ‘Sing! China 2023’ dengan gaya yang berbeza pada masa akan datang.

Pelantun lagu Andai Itu Takdirnya itu juga berjanji untuk memberikan tumpuan dan usaha yang maksimum dalam setiap persembahannya.

Difahamkan, program terbabit yang berlangsung Huzhou, Shanghai China itu masih berlangsung di peringkat ‘Blind Audition’.

Sementara itu, video Vanessa menyampaikan lagu berjudul Riding The Wind di peringkat ‘Blind Audition’ telah mendapat pujian orang ramai termasuk peminat di Malaysia dan China.

Selain daripada persiapan yang dilakukan untuk menghadapi cabaran di pentas yang akan datang, Vanessa juga bakal melancarkan single terbarunya berjudul Igau pada 25 Ogos ini.

Video

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item