Sayang dan hargai bakal isteri syarat untuk terim RM10 K , Hafiz Mahammad sekali lagi membuat netizen ternganga apabila dia menghulurkan wang tunai tersebut kepada pekerjanya sebagai duit hantaran .

[VIDEO] Beri Staf RM10k Belanja Duit Kahwin, Ini Syarat Hafiz Mahamad

by 

hafiz mahamad 10k

Sebut sahaja nama Hafiz Mahamad, pasti ramai sudah mengenali sosok usahawan yang sangat pemurah dan sering membantu orang ramai yang memerlukan.

Terbaharu, Hafiz Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dia menghadiahkan sejumlah wang kepada pekerjanya untuk digunakan sebagai belanja kahwin.

Hadiahkan staf RM10k

hafiz mahamad 10k

Hafiz menerusi perkongsiannya di Instagram berkata, dia memahami cabaran seorang lelaki dalam usaha untuk menghalalkan wanita yang disayangi. Tambahnya lagi, dia juga pernah melaluinya pada suatu ketika dahulu.

Difahamkan juga, lelaki tersebut sanggup mengikat perut kerana mahu mencukupkan tabung simpanan kahwin. Susulan daripada itu, Hafiz yang berniat mahu membantu kemudian menghulurkan sekeping cek berjumlah RM10,000. Akan tetapi, pemberian cek tersebut disertakan dengan beberapa syarat iaitu lelaki terbabit perlu menghargai dan menjaga hati pasangannya, Sofia.

Kalau abang bagi benda ni, awak kena janji dengan abang satu benda. Boleh jaga Sofia baik-baik? Makan minum dia boleh jaga, kena janji ye kalau birthday dia jangan lupa. Birthday dia kerja macam mana pun kena balik, kalau bekerja yang dah kahwin nantilah ya. Boleh hormat ni mak ayah dia, jaga Sofia baik-baik.

Sebelum ini juga, Hafiz pernah memberitahu bahawa para pekerjanya merupakan tanggungjawabnya. Oleh itu, dia tidak teragak-agak atau tidak berkira untuk menghulurkan bantuan kepada pekerja-pekerjanya.

Video

Sumber

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item