Pelajar tahun akhir bermain perlaburan kripto sehingga ke penjara kerana merompak dan membunuh pelajar baharu untuk melangsaikan hutang yang dimiliki .

Impian dapat 'wang besar' berakhir tragedi! Pelajar tahun akhir bunuh rakan selepas rugi pelaburan kripto

Suspek berusia 23 tahun terjebak pelaburan kripto sebelum membunuh mangsa.

SEJAK kebelakangan ini, wujud pelbagai jenis matawang kripto iaitu syiling atau token digital yang kononnya menjadi alternatif kewangan kepada pengguna.

Disebabkan itu, ramai yang terjebak dengan pelaburan berkaitannya kerana dikatakan dapat memberi pulangan yang tinggi.

Perkara sama terjadi kepada seorang pelajar semester 6 di Universiti Indonesia.

Dia yang pada awalnya terjebak dengan pelaburan kripto akhirnya menjadi seorang pembunuh selepas mengalami kerugian sehingga RM24,048 (Rp 80 juta).

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan selepas membunuh pelajar baharu pada 2 Ogos lalu bagi mendapatkan barangan mewah dan wang untuk melangsaikan hutang yang dimiliki.

Pun begitu, mayat mangsa hanya ditemukan dua hari selepasnya.

Menurut pegawai polis daerah Depok, Nirwan Pohan, penemuan mayat tersebut selepas keluarga mangsa membuat laporan kerana tidak berjaya menghubunginya.

"Mayat mangsa ditemukan selepas salah seorang ahli keluarganya pergi ke Kukusan untuk melawat.

"Dia ditemukan dalam bungkusan plastik hitam di tempat tidur," katanya. - Kompas


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item