Netizen tidak menyangka Dato Aliff Syukri sanggup mengambil Ira Kazar sebagai Duta produknya ..

 SELEBRITI

Ira Kazar jadi model, Alif Syukri puji melambung, – “Yang penting tak kacau orang!”

Baru-baru ini, isteri tercinta pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini menjadi model tudung muslimah keluaran jenama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman.

Usahawan tersebut memuat naik hantaran di InstaStory mempromosi koleksi tudung terbaru yang memperlihatkan Ira Kazar sedang menjalani sesi fotografi di belakang.

Video Player
00:00
00:19

Ira Kazar bakal muncul sebagai model memperagakan koleksi tudung tersebut yang akan ada di pasaran tidak lama lagi.

Datuk puji Ira melambung!

Sementara itu, tangkap layar Live di TikTok, kelihatan Aliff Syukri memuji kebaikan Ira Kazar yang sudi membantunya sambil memberi kata-kata positif.

Usahawan tersebut juga berharap agar dapat bekerjasama lagi bersama isteri pelakon tersebut di masa akan datang kerana perwatakannya yang mudah dan disenanginya.

‘Takde orang lain sangat dah ke?’

Walau bagaimanapun, strategi tersebut mengundang kecaman ramai yang mempersoalkan tindakan Aliff mengambil Ira sebagai model sekali gus dianggap sebagai ‘marketing murahan’.

Ada juga yang nak ‘boikot’ koleksi tudung tersebut.

‘Puteri Sarah lagi cantik!’

Aliff Syukri tak takut disondol?

Untuk info, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari lalu selepas pelakon itu sendiri yang berkongsi berita berkenaan menerusi sepotong video di Instagramnya.

Susulan itu, Puteri Sarah yang ketika itu masih isteri kepada Syamsul bertindak menfailkan penceraian dan disahkan bercerai pada 14 Jun lalu.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

artis 5626310673146405946

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item