MEMALUKAN ! anak tertekan kerana bapanya seakan akan menjadi "biawak hidup" kerana hanya mengharapkan "NAFKAH" dari ibunya .

 VIRAL

Biawak hidup! Suami enggan bercerai, mahu berjoli dengan duit pencen isteri

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran mengenai luahan yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok mengakui tertekan dengan perangai bapanya yang seperti biawak hidup kerana ibunya sahaja bersusah payah mencari rezeki selama ini.

Ibu tanggung semua perbelanjaan keluarga

Menerusi hantaran tular, pengadu berkenaan memaklumkan ibunya kini berusia 50 tahun dan merupakan seorang guru skim ijazah gred tinggi terpaksa menanggung mereka sekeluarga sepanjang 27 tahun usia perkahwinan bersama bapa.

Maklumnya, bapanya hanya menyediakan kereta sahaja untuk mereka sekeluarga, itu pun suatu ketika dahulu.

“Bonda sayalah yang menanggung keseluruhan keluarga. Rumah, makan pakai, bil utiliti, pendidikan anak-anak dan semuanya.
“Gaji bonda berganda-ganda tinggi berbanding gaji ayah. Bonda ikhlas tanggung keluarga demi kebahagiaan kami. Tidak pernah Bonda mengungkit segala perbezaan dan segala pengorbanan,”ujarnya.

Sekadar gambar hiasan

Dedahnya lagi, ibunya tidak pernah sekalipun menaikkan tangan kepada mereka adik-beradik kerana dia seorang wanita yang lemah lembut, pemurah, tidak berkira dan penyayang tidak seperti bapanya.

Pernah curang banyak kali, siap kahwin dengan perempuan lain

Bercerita lanjut, pengadu turut mendakwa bapanya juga pernah berlaku curang banyak kali, namun ibu mereka masih memberi peluang dan ruang kepercayaan.

Bagaiamanapun, segalanya sia-sia apabila bapanya kembali berlaku curang sehingga bernikah dengan wanita lain secara sindiket termasuk melangsungnya majlis secara gilang-gemilang.

Berjuang di mahkamah, fail cerai tapi tak mudah

Seakan sudah tawar hati, ibunya bertindak memfailkan perceraian terhadap bapanya dengan mengupah beberapa peguam. Malangnya, ia bukanlah proses yang mudah kerana bapanya tidak hadir prosiding biarpun sudah dua kali notis dihantar.

Maklum bapanya, dia tidak akan melafazkan cerai biarpun ditembak sehingga ibunya terpaksa menggunakan kaedah fasakh dan menghabiskan ribuan ringgit.

Bapa pertahan diri, dakwa diri bagi nafkah

Apa yang membuatkan si pengadu tertekan adalah sikap bapanya yang kononnya menyatakan dia memberi nafkah secara tunai kepada keluarga.

Akan tetapi, bapanya silap bermain percaturan kerana ibunya seorang yang sistematik kerana sentiasa menyimpan setiap transaksi perbelanjaan termasuk jugalah bukti-bukti dikasari oleh suami.

“Bukti gambar bonda dipukul dengan penuh kesan lebam di muka, laporan polis, laporan doktor semua lengkap. Tetapi dengan kelicikan peguam belanya, semua dokumen bonda dianggap tiada nilai,”ujarnya.

Nak pencen isteri meskipun sudah meninggal dunia nanti

Maklum si pengadu, bapanya tetap berkeras enggan menceraikan ibunya disebabkan mahu menerima segala manfaat faedah persaraan dan pencen bulanan yang akan diterima oleh pasangan.

Ujarnya, ibunya juga sudah membuat wasiat namun pengurus tadbir wasiat menyatakan pencen bulanan adalah perkara yang tidak boleh diwasiatkan.

“Untuk tukar nama anak atau adik-beradik bonda, tetapi pegawai di kaunter JPA menerangkan, memang telah termaktub begitu dalam sekeliling,”maklumnya lagi.

Dalam pada itu, pengadu juga berharap agar orang ramai mendoakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan lebih-lebih lagi keringat ibunya yang juga penghidap penyakit kronik dapat hidup dengan bahagia.

Sumber: TikTok @arsyahbly6k

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item