"masa jaga arwah, dia kerap tengking dan bebel dekat arwah sewaktu arwah uzur" . mak mentua didakwa terkena KIFARAh kerana memberi layanan kepada arwah suami dengan tidak baik ...

 

Mak mentua terlantar sakit tapi anak-anak jaga ala kadar, menantu buat andaian sedang terima kifarah! Dulu suami uzur ditengking, kena bebel


Seorang wanita dikatakan 'terbiar' ketika sakit kerana anak-anak sibuk bekerja. -Gambar hiasan

MENGGALAS tanggungjawab menjaga ahli keluarga yang terlantar sakit dan memerlukan perhatian khusus bukanlah tugas mudah.

Selain perlu melayan emosi pesakit yang tidak menentu, penjaga juga terpaksa mengeluarkan kudrat dan tenaga yang banyak untuk mengurus mereka sehingga keletihan.

Disebabkan itu, tidak hairanlah ada yang bertindak kasar terhadap pesakit, mengeluarkan kata-kata kesat atau membiarkan sahaja mereka.

Seperti pendedahan wanita ini, ibu mentuanya yang kini terlantar sakit hanya mengharapkan bantuan anak-anak untuk menguruskan dirinya.

Perkongsian asal yang dibuat wanita ini di halaman Facebook.

Perkongsian asal yang dibuat wanita ini di halaman Facebook.

Bagaimanapun, dia perlu melalui situasi yang menyedihkan seperti berada dalam keadaan kotor dan bernajis sementara menunggu anak-anak pulang bekerja.

“Kadang-kadang najis pun tunggu anak pulang kerja baru ada yang cucikan.

“Makan pun tiada yang mahu sediakan, sakit pula tidak kunjung sembuh,” luahnya.

Menurut wanita itu, apa yang dilalui ibu mentuanya itu dilihat sama seperti yang pernah dilakukan terhadap arwah bapa mentuanya dahulu.

Menyifatkannya sebagai kifarah (balasan dosa silam di dunia), dia turut mendedahkan bahawa bapa mentuanya pernah ditengking ketika sedang sakit.

“Hidupnya sekarang ibarat apa yang dia dah buat terhadap ayah mentua dahulu.

“Semasa hayat, selalu depan mata kami anak-anak dan menantu dapat lihat mak mentua beri layanan yang tidak baik.

“Dalam keadaan uzurnya, ayah mentua ditengking, dileter... terkadang mak mentua berubah jadi malu nak uruskan jika ada kawan-kawan mereka datang bertamu di rumah,” ceritanya lagi.

Warga emas memerlukan penjagaan rapi daripada anak--anak. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

Warga emas memerlukan penjagaan rapi daripada anak-anak. -Gambar hiasan The Star

Mengakui sedih dengan keadaan tersebut, dia bagaimanapun menyatakan tidak berani campur tangan dalam urusan menjaga bapa mentua ketika sakit.

Sebaliknya hanya mampu melihat dan berdoa semoga tidak melakukan perkara sama kepada orang tua sendiri mahupun pasangan suatu hari nanti.

“Sedih melihatnya tapi kami sebagai menantu tak berani masuk campur. Hanya mampu melihat dan berdoa semoga kami tak lakukan begitu kepada orang tua dan pasangan kami suatu masa nanti,” luahnya lagi.

Malah katanya, apa yang berlaku pada masa ini terhadap ibu mentuanya merupakan balasan Allah apabila anak-anak sendiri semua keluar kota untuk bekerja selain perlu mengikut suami.

Antara reaksi warga maya pada hantaran yang dibuatnya.

Antara reaksi warga maya pada hantaran yang dibuatnya.

Baginya, sebagai menantu, dia cuba untuk membantu apa yang boleh namun tidak sepenuhnya kerana mempunyai orang tua sendiri yang perlu diberi perhatian.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya sehingga ada yang meluahkan rasa kasihan kepada ibu mentuanya.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kenapa suaminya tidak membantu ibu semasa sedang menjaga ayah mentua yang sedang sakit.

"Awak kata kifarah. Nampak dah depan mata, anak-anak pun biar mak yang tua macam tu? Nanti berbalas balik.

"Mak mentua tu penat sebab jaga orang sakit tak sama dengan jaga orang sihat... apabila penat dia marah, patut anak-anak menantu kena sepakat upah pembantu rumah.

"Macam mana buruk pun perangai seorang mak... anak-anak tak ada hak nak mengadilinya, tiada hak langsung," ujar beberapa warga maya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item