mangsa buli disekolah tekad untuk balas dendam dengan menikam pembuli dengan objek tajam ..

 

Tak tahan jadi mangsa buli, pelajar nekad tikam rakan sekelas guna objek tajam

Tangkap layar rakaman seorang pelajar lelaki menikam rakan sekelas.

TULAR rakaman video menunjukkan seorang pelajar meluru masuk ke dalam kelas sebelum menikam rakannya.

Menerusi ciapan yang dimuat naik MasBiiem di Twitter, pelajar tersebut dikatakan melakukannya gara-gara tidak tahan menjadi mangsa buli kepada rakan sekelasnya itu.

Seperti yang dipaparkan dalam video, pelajar berkenaan menikam mangsa (pembuli) yang duduk di belakang kelas, dengan beberapa kali tikaman di bahagian perut

Kejadian dikatakan berlaku di Banjarmasin, Indonesia.

Dalam video tersebut, kelihatan seperti pelajar lain tidak menyedari mangsa ditikam menggunakan objek tajam sebelum pelaku melarikan diri keluar dari kelas.

Hantaran tersebut menjadi tular di Twitter dengan pelbagai reaksi netizen mengenai tindakan mangsa buli.

“Pengajaran untuk semua, berbuat baik dengan semua orang. Kita tidak tahu had kesabaran orang lain.

“Saya tak suka pembuli. Satu tindakan paling hina. Dia (mangsa buli) sudah lama menderita dari segi mental,” komen netizen.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item