mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. , Tokti kagum bila melihat Aafiyah bermain piano .

 

Siti Nurhaliza Bangga Aafiyah ‘Perform’ Main Piano, Alif Satar Suruh ‘Standby’ Solo Recital Dengan MPO Pula

Aafiyah main piano

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat perkongsian istimewa mengenai anak perempuannya, Nur Aafiyah yang berjaya membuat persembahan di konsert piano, baru-baru ini.

Ibu bangga dengan Aafiyah

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti atau lebih mesra disapa Tokti memuat naik video Aafiyah mempersembahkan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga dan Flowers oleh Jisoo Blackpink. Meskipun jelas kelihatan perasaan malu namun Aafiyah berjaya membuat persembahan yang membanggakan.

Semalam ibu tak sempat nak edit video Aafiyah perform. Haa, harini baru ibu dapat kongsi. Alhamdulillah, Aafiyah buat persembahan yang membanggakan ibu. Walaupun nampak pemalu sangat (ikut ibu tuu). Tapi Aafiyah lakukan yang terbaik siap dengan tarian lagi. Extra sikitla macam ibu dia nak jugak element tarian ghituu.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum melihat pencapaian Aafiyah, termasuk rakan artis juga berseloroh mahu Aafiyah bersedia untuk melakukan solo recital bersama Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) kelak.

Sumber: Datuk Seri Siti Nurhaliza 

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item