Ibu kandung mendera anak sendiri, dan yang paling kejam, perkara itu dilakukan bersama kekasihnya iaitu seorang tomboy .

 

‘Tomboy Dakwa Pukul Kerana Kanak-Kanak Lelaki Degil’


Jiran dakwa Tomboy pukul sebab nak 'ajar' mangsa

Beberapa hari yang lalu tularnya insiden dua orang wanita yang ditangkap oleh kejiranannya selepas didakwa mendera seorang kanak-kanak hingga mendatangkan kecederaan.

Lebih memilukan ialah salah seorang daripada dua wanita tersebut merupakan ibu kepada mangsa.

Nak ajar mangsa degil

Jiran dakwa Tomboy pukul sebab nak 'ajar' mangsa

Terbaharu, seorang jiran yang dikenali sebagai Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, memaklumkan bahawa mereka (jiran) pada awalnya hanya mahu mendapatkan jawapan sebenar terhadap apa yang berlaku.

Ini kerana, mereka mendakwa sering terdengar kanak-kanak tersebut menangis kerana dimarahi hampir setiap hari sejak sebulan yang lalu.

Namun, mereka tidak menyangka akan menjumpai mangsa dalam keadaan yang sebegitu rupa ketika membuat serbuan di rumah mangsa.

Sejak kanak-kanak itu bersama ibunya dan kenalan yang kami sangkakan ‘suami’ kepada wanita itu, dia selalu ditinggalkan berseorangan di rumah ketika mereka pergi kerja yang difahamkan di Singapura.

Kanak-kanak itu dilihat hanya dibenarkan bermain dalam kawasan pagar rumahnya, sehinggalah pada akhir Jun lalu, kanak-kanak itu terlepas bermain sehingga ke luar kawasan perumahan.

Sejak itu, kami sering mendengar kanak-kanak itu dimarahi, dipukul dan dimaki hamun. Namun, sejak dua minggu lalu, keadaan semakin teruk kerana kadang-kadang anak itu menangis sehingga tidak bersuara dan ada yang pernah nampak dia dipukul menggunakan rotan.

Bukan itu sahaja, ketika melakukan serbuan, Wan Noor Badri turut mendakwa ‘tomboy’ berkenaan masih lagi berlagak seperti seorang lelaki dan mengatakan bahawa dia memarahi kanak-kanak tersebut sebagai cara untuk mengajarnya kerana degil.

Namun, tomboy yang merupakan warga asing itu meminta maaf dan memberitahu dia memarahi Iman kerana kanak-kanak itu degil.

Ditahan reman

Jiran dakwa Tomboy pukul sebab nak 'ajar' mangsa

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan memaklumkan bahawa ibu kepada kanak-kanak tersebut telah pun ditahan reman selama enam hari bermula Sabtu manakala kenalannya yang berusia 30 tahun yang juga merupakan seorang warga asing direman selama tujuh hari.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, tularnya video memaparkan seorang kanak-kanak yang diselamatkan kejiranannya selepas dipercayai didera oleh dua orang wanita termasuklah ibunya sendiri.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari wargamaya selepas melihat kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang badan mangsa.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item