"Dolla mendapat pujian anak muda" - Netizen . PU Syed tampil bersuara dan mengatakan kumpulan itu telah melanggar Garis panduan pemakaian khasnya buat umat Islam .

 

PU Syed Tegur Dolla Lagi, Pakai Baju Mencolok Mata – ‘Dua Daripada Empat Ahli Kumpulan Ini Adalah Muslim’

pu syed dolla

Pencetus Ummah (PU) Syed sekali lagi menegur kumpulan pop sensasi, Dolla susulan penampilan mereka dalam muzik video single berjudul Damelo.

Boikot perkara mungkar!

dolla

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Syed mempertikaikan imej digayakan ahli kumpulan tersebut terutama Sabronzo dan Syasya yang beragama Islam.

Semakin hari semakin rancak dan bebas tanpa segan silu memakai pakaian mengikut kehendak pasaran.

Dalam carian google ambe dapati, dua daripada empat ahli kumpulan ini rupanya adalah muslim. Kenapa mereka berani berpakaian seperti yang dinyatakan oleh insan yang PM ambe itu?

Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, kecewa apabila garis panduan dalam pemakaian cara Islam seringkali tidak dipatuhi.

Garis panduan pemakaian khasnya buat umat Islam di Malaysia sering dilanggari dan penguatkuasaan yang sangat lemah yang ‘mungkin’ berharap hanya kepada laporan pihak berkuasa.

Apa yang menyedihkan peraturan dan undang-undang seolah telah dibangkul sampahkan, sedangkan setiap negeri mempunyai enakmen sendiri dalam isu pemakaian serta khasnya buat yang mencemarkan imej Islam.

Syed menjawab kiriman mesej daripada seorang individu yang kurang senang melihat Dolla memakai ‘baju dalam’ ketika dalam MV Damelo. Dakwa individu terbabit, imej yang digayakan keterlaluan namun Dolla mendapat pujian anak muda malah dianggap setanding dengan penyanyi antarabangsa.

Dalam pada itu, Syed menyatakan dia dan asatizah lain tidak mempunyai kuasa sebaliknya hanya mampu mencegah masyarakat daripada terus hanyut tanpa batasan.

Kami asatizah, tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan cuma hanya mampu mencegah masyarakat khasnya umat Islam dari terus hanyut dalam hiburan yang tidak kenal batas halal dan haram!

Sumber: Instagram

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item