Demi cinta , sanggup melakukan perbuatan Sy_rik, "Masa tu saya tak fikir apa-apa, saya memang nak jumpa sangat dengan arwah (kekasih)"

 

[VIDEO] ‘Saya Kena Baca Mantera & Bogel’ – Gadis Sanggup Buat Ritual Pelik, Semata Mahu ‘Jumpa’ Arwah Kekasih

Gadis Dedah Buat Ritual Nak 'Jumpa' Kekasih

Hanya kerana terlalu rindu, seorang gadis membuat pendedahan bahawa dia pernah melakukan ritual pelik semata untuk ‘berjumpa’ dengan kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Kena makan sirih & berbogel

Gadis Dedah Buat Ritual Nak 'Jumpa' Kekasih

Menerusi sesi podcast bersama pempengaruh YouTube, Bros Gang TV, gadis tersebut memaklumkan bahawa dia perlu mengikut segala permintaan yang diminta oleh tok dukun seperti membaca mantera dan memakan sirih demi memastikan impiannya itu tercapai.

Masa tu saya tak fikir apa-apa, saya memang nak jumpa sangat dengan arwah (kekasih). Kemudian saya perlu ikut apa yang disuruh seperti membaca mantera dalam bahasa Jawa.

Lepas tu, benda yang saya paling tak boleh lupa dia (pawang) suruh saya makan sirih. Sebenarnya saya tak pernah makan tetapi saya makan sebab itu antara prosedur dia.

Menurut gadis itu lagi, dia kemudiannya diberikan bungkusan kain berwarna kuning dan diminta untuk meletakkannya di dalam bilik tanpa pengetahuan orang lain.

Lepas saya makan sirih tu, dia ada bagi sesuatu yang saya sendiri tak tahu apa sebenarnya benda itu.

Ia diletakkan di dalam bungkusan kain berwarna kuning. Dia suruh saya letakkan di dalam bilik tapi jangan bagi orang nampak.

Dalam pada itu, ketika ditanya apakah prosedur seterusnya yang perlu dilakukan, gadis tersebut mengatakan bahawa dia dinasihati untuk melakukan ritual tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang pada waktu malam.

Dia kemudiannya suruh saya buat ritual itu pada waktu malam dalam pukul 9 atau 10 malam macamtu sebab tak boleh buat pada waktu pagi atau pun tengah hari.

Pada bungkusan kain kuning itu sebenarnya ada tertulis mantera, jadi saya diminta untuk membaca mantera tu dalam keadaan berbogel.

Video

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item