David Foster terganggu bila terdengar Sissy Iman menyanyi ... Apa agaknya reaksi Mas Idayu setelah mengetahui situasi ini ..

 

David Foster turun pentas, terganggu dengar nyanyian Sissy Imann… Beruntung dapat peluang bergambar siap bagi CD album


Sissy tidak mahu lepas peluang bergambar bersama David.

MALAM indah menjadi kenangan manis buat penyanyi Sissy Imann apabila dapat bergambar dengan produser muzik terkenal David Foster semasa menyaksikan konsert Hitman: David Foster and Friends yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Bercerita momen tidak boleh dilupakan itu, Sissy atau Sissy Iman Mohammad Kamil, 28, berkata perkara itu berlaku secara spontan apabila dia menganggu David dengan menyanyikan sebaris lirik daripada lagu Take My Breath Away.

Siapa sangka tindakan berani Sissy itu membuatkan David rasa terganggu lantas memandang dan menuju ke arahnya.

sissy imann 2

Sissy juga memberikan album baharunya kepada David.

"Saya duduk di bahagian depan pentas. Ketika David sedang bercerita, saya berada di kerusi menyanyi sebaris lagu Take My Breath Away... ketika itu mungkin dia terganggu dan berhenti pandang betul-betul ke arah saya.

"Dia hulurkan mikrofon dan minta saya nyanyi semula lagu itu... saya pun nyanyi la semula.

"Dari muka dia nampak sangat terganggu apabila saya menyanyikan lagu itu, kemudian saya tunjukkan buku kisah David dan itu membuatkan dia 'cair'," katanya.

Sissy berkongsi cerita itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Kata Sissy, lagu Take My Breath Away itu pernah menewaskan karya ciptaan David berjudul Glory Of Love bagi kategori Lagu Asal Terbaik di Anugerah Akademi ke-59.

Dalam pada itu, Sissy memberitahu dia sempat menghadiahkan album terbaharunya kepada David pada konsert berkenaan.

Saya harap dia bawa balik dan dengar lagu-lagu saya

SISSY IMANN

PENYANYI

Malah dia amat berharap David akan membawa pulang CD tersebut dan mendengar lagu-lagu nyanyiannya itu.

"Ketika David ajak penonton menyanyi saya tidak sempat angkat tangan sebab tak terfikir nak nyanyi lagu apa. Apabila saya berikan CD, dia bertanya kenapa saya tidak angkat tangan sebelum itu.

"David meletakkan CD tersebut di atas piano ketika konsert. Saya harap dia bawa balik dan dengar lagu-lagu saya," ujar.

sissy imann 3

Sissy akui teruja berjumpa David di Kuala Lumpur.

Konsert tersebut menampilkan penyanyi seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred dan Katharine McPhee diiringi oleh muzik iringan David sendiri.

Selain itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tampil sebagai penyanyi jemputan menyanyikan lagu berjudul The Power Of Love.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item