Dato Siti Nurhaliza sudah "nekad" untuk tidak ingin menyanyi di pentas AJL .. "sekarang saya menyanyi bukan untuk apa2 anugerah, saya menyanyi hanya untuk menghiburkan peminat saya" alahaiii tokti kesayangan ramai ni .

 

[VIDEO] Siti Nurhaliza Tetap Dengan Pendirian Tidak Akan Sertai AJL


Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap dengan pendiriannya untuk tidak lagi mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

Zaman dah berlalu

Siti Nurhaliza

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin, 44, berkata dia sudah pun melalui zaman di mana pelbagai pertandingan telah disertai.

Justeru, Siti menjelaskan dirinya kini lebih selesa menghasilkan karya untuk menghiburkan peminat.

Tiada niat untuk bertanding semula. Minta maaf banyak-banyak. Memang tidak akan.

Saya rasa ketika ini saya hasilkan karya hanya untuk terus hiburkan peminat sahaja.

Saya dah melalui zaman menyertai pelbagai anugerah dan pertandingan sebelum ini, dah rasa nikmat seronok itu.

Siti berkata demikian ketika menjadi tetamu di konti Kool 101 FM bagi mempromosikan album terbaharunya berjudul Sitism.

Sesi temu bual tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna.

Untuk rekod, Siti pernah memenangi AJL sebanyak tiga kali menerusi lagu Jerat Percintaan, Cindai dan Balqis.

Video

Sumber: TikTok

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item