dari seorang Rapper popular bertukar karier sebagai ahli politik, bukan biasa biasa si Altimet ni .

Altimet tak selesa dipanggil YB, karier seni dah tamat sejak 2019

Penyanyi rap dan komposer, Altimet mengakui dirinya tidak selesa dipanggil Yang Berhormat atau YB selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Bagaimanapun, Altimet yang berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah memberi segala sokongan kepada dirinya.

“Saya masih tidak selesa lagi dipanggil YB. Apapun, terima kasih atas segala sokongan diberikan. Mohon doakan saya. Banyak ujian di hadapan akan saya lalui dan saya risau tersimpang,” katanya.

Bekerja untuk masyarakat

Pemilik nama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata, perkara utama yang akan dilakukannya adalah untuk berusaha melaksanakan beberapa manifesto yang telahpun diusulkan olehnya kepada warga Lembah Jaya.

Ujar pelatun lagu Kalau Aku Kaya, dirinya akan terus berusaha dan menggembleng tenaga muda untuk sentiasa proaktif dan berdaya saing dalam era teknologi maklumat.

“Sebagai pekerja masyarakat, saya akan sentiasa berusaha dengan segala kudrat yang ada dan akan bersama-sama dengan masyarakat dalam memastikan kebajikan akan terus diperjuangkan.
“Terus menyanjung adat resam dan amalan budaya asal dikalangan masyarakat tempatan bagi memastikan amalan ini terus segar dari generasi ke generasi dan sebagai sejarah kita.
“Saya akan menggembleng tenaga muda untuk sentiasa proaktif dan mampu berdaya saing dalam era teknologi maklumat dengan melihat peluang serta potensi yang ada dan membimbing mereka membetuk karier yang betul,” katanya lagi.

Karier seni Altimet dah lama tamat

Menyoal mengenai perjalanan karier seninya setelah menerima banyak pandangan sinis masyarakat, Altimet menegaskan ia sudah berlalu pada tahun 2019.

Meskipun menerima banyak komen sinis dan negatif, ia sekalipun tidak mematahkan semangatkan untuk terus berbakti dan menyumbang tenaga buat masyarakat.

“Bagi karier seni saya, ia sudah ditamatkan pada 2019 lalu. Manakala, berhadapan pandangan sinis masyarakat pula, tiba masa saya buktikan sebaliknya dengan cara kerja yang akan dilaksanakan,” ujarnya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

artis 6479405774284225981

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item