Baru pertama kali berjauhan setelah berkahwin, MK K-Clique membuat "posting" di laman instagram miliknya untuk isterinya .

 

MK K-Clique Pertama Kali Berjauhan Dengan Isteri, Kirim Selfie Dari Singapura – ‘Pergi Mencari Rezeki’

MK K-clique

Penyanyi rap popular, MK K-Clique memaklumkan keberadaan dirinya di Singapura pada Jumaat lalu.

Pertama kali berjauhan

MK K-clique

Menerusi hantaran di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan akui gembira apabila dapat kembali beraksi membuat persembahan di negara tersebut selepas beberapa tahun.

Pun begitu, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis penyanyi berkenaan apabila dia mendedahkan itu pertama kali dirinya berjauahan dengan isteri, Siti Hajaar.

Assalamualaikum, ini adalah berita gembira apabila dapat kembali semula di Indonesia.

Selfie hantar dekat orang rumah (Siti Hajaar). Pertama kali berjauhan. Saya pergi mencari rezeki.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, Siti Hajaar dilihat sempat membalas ucapan suaminya dengan berpesan agar penyanyi berusia 27 tahun itu dapat menjaga diri dengan baik.

Waalaikumusalam suamiku sayang. Jaga diri sayangku syurgaku. Selamat berkeja sayang, kerja baik-baik.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyifatkan gelagat pasangan tersebut sebagai ‘cute’ dan ‘sweet’.

Terdahulu, MK dan Siti Hajaar selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, pada 16 Jun lalu.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item