Baru first time jumpa , seorang lelaki mi4ng menyuruh wanita itu menghis4p dan meramas payu dara

 

Buah dada diramas, dipaksa hisap kemaluan dalam pawagam! Gadis ‘spill tea’ identiti lelaki miang... PDRM muncul bagi salam

Seorang gadis berkongsi detik hitam menjadi mangsa gangguan seksual lelaki yang dikenali di aplikasi Bumble. -Gambar hiasan

KETIKA ini, kebanyakan individu menggunakan aplikasi temu janji online (online dating apps) untuk mencari pasangan.

Bagi yang bertuah, aplikasi tersebut berjaya menyatukan cinta mereka sehingga ke jenjang pelamin.

Namun dalam sesetengah kes, ia kecundang di pertengahan jalan malah lebih teruk, berakhir dengan trauma sebagaimana kisah yang dilalui oleh seorang gadis ini.

Berkongsi cerita menerusi bebenang di Twitter, gadis tersebut mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual kepada seorang lelaki yang dikenali di aplikasi Bumble.

Lebih mengejutkan, situasi tersebut dialami ketika dia dengan lelaki berkenaan keluar berjanji temu (dating) untuk pertama kali selepas berkenalan di aplikasi berkenaan.

tweet 1

Ciapan gadis tersebut yang menjadi tular di Twitter.

"Jika anda berada dalam mana-mana aplikasi temu janji terutamanya Bumble, sila berhati-hati dengan seorang lelaki bernama *****. Dia berumur 21 tahun dan belajar di ****. Nombornya ialah *****.

"Semalam kami sepatutnya berjanji temu (date) tetapi dia fikir dia akan mendapat sesuatu yang lebih. Dia memaksa saya dalam pawagam pada hari pertama!" luahnya di laman sosial tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki peluk, gomol wanita di stesen LRT Maluri! Siap berani turun ke landasan, ketuk-ketuk tren sedang bergerak dengan kasut

Dakwa gadis tersebut lagi, lelaki berkenaan cuba meramas buah dadanya dan berkali-kali cuba memasukkan tangan ke dalam seluarnya untuk meraba.

"Saya tegas katakan tidak dan tolak tangannya. Dia tetap minta saya untuk menghisap kemaluannya di dalam pawagam! Saya tersangat trauma dengan apa yang dia dah buat.

"Harap dia dapat pembalasan akibat perbuatannya," kongsinya lagi tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai lokasi kejadian.

Ambillah pengajaran. Jauhi benda-benda yang boleh membawa kepada zina. Dating bukan budaya Islam.

NETIZEN

Dalam pada itu, gadis berkenaan turut menafikan bahawa pakaian yang dikenakannya ketika itu menjadi salah satu punca mengapa lelaki berkenaan bertindak sedemikian.

Tambahnya, dia juga bakal membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Ciapan gadis tersebut bukan sahaja mengundang perhatian warga maya, malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberi respons di ruangan komen.

"Salam sejahtera. Pohon kerjasama saudari untuk membuat laporan di balai polis berhampiran bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Terima kasih," tulis akaun @PDRMsia.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati terhadap gadis berkenaan.

tweet 2

PDRM menerusi laman komen meminta gadis berkenaan tampil membuat laporan.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan supaya mana-mana gadis atau wanita berhati-hati sekiranya keluar berjanji temu dan membawa 'senjata' sebagai persediaan untuk mengelakkan diri menjadi mangsa gangguan seksual.

"Untuk keselamatan diri sendiri, sediakan semburan serbuk lada (pepper spray). Budak-budak begini otak sewel. Selagi tak kena pijak, selagi tu makin menjadi.

"Hati-hati. Janji temu pertama kalau lelaki ajak tengok wayang, memang ada yang tak kena.

"Untuk yang belum terkena, ambillah pengajaran. Jauhi benda-benda yang boleh membawa kepada zina. Dating bukan budaya Islam," demikian antara komen netizen.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item