"apa yang anda semua kena tahu lenapa saya bertindak saman sivil bonda ......" 16 sekawan ditipu TAUKE emas ...

 

16 sekawan ditipu suami isteri tauke emas, kini kerja keras bayar hutang - “Dia bermewah atas kesusahan orang lain”

Aznieha mula berjinak dengan bisnes emas sejak 2021.

SEJAK kebelakangan ini ramai individu yang gemar melakukan bisnes kecil-kecilan atau pekerjaan sampingan bagi menambah sumber pendapatan keluarga.

Namun tanpa diduga ada pihak yang berdepan kesulitan selepas menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

Seperti perkongsian seorang wanita ini, dia terpaksa berhutang dengan ramai orang selepas mendakwa ditipu seorang peniaga emas.

"Saya saman sivil peniaga emas ini kerana dia masih boleh bersenang lenang bersama keluarga tercinta. Sedangkan saya bertungkus lumus mencari rezeki demi membayar semula duit kepada para pelanggan.

Aznieha mengalami kerugian sehingga puluhan ribu ringgit selepas ditipu peniaga emas.

Aznieha mengalami kerugian sehingga puluhan ribu ringgit selepas mendakwa ditipu peniaga emas.

"Mereka tidak menerima barang yang dibeli mahupun duit hasil jualan barang kemas yang telah dijual," luahnya di Facebook.

Malah, disebabkan situasi yang berlaku itu, kehidupannya musnah sehingga perlu berhutang dengan ramai orang demi membayar semula kerugian yang dialami pelanggannya.

"Dia rampas kebahagiaan saya dan anak-anak. Saya terpaksa bekerja tanpa henti siang dan malam demi membayar semula duit kepada para pelanggan.

"Dia pula bermewah-mewah atas kesusahan yang orang lain alami," tambahnya lagi.

Berkongsi kisah kepada mStar, Aznieha Khamis berkata, dia baru berjinak-jinak dengan bisnes emas kerana gemar dengan logam bernilai tinggi tersebut.

Bagaimanapun, bermula Disember 2022, dia berdepan sedikit kesulitan selepas mendakwa ditipu penjual emas sehingga mengalami kerugian bernilai lebih RM37,500.

"Sebelum ni memang selalu buat pembelian dengan dia... memang trusted (dipercayai) dan sudah setahun berurusan jual beli. Apa yang ditempah akan terima depan rumah.

"Tapi selepas bulan Disember, dia akan pending (tangguh) barang dan duit sehingga tiga bulan.

Masalah mula dihadapi selepas peniaga tersebut menyediakan perkhidmatan membeli emas lama. -Gambar hiasan

Masalah mula dihadapi selepas peniaga tersebut menyediakan perkhidmatan membeli emas lama. -Gambar hiasan

"Kalau kita jual barang lama pada dia, bayaran akan diterima lambat sedangkan termanya tiga hingga lima hari sahaja," jelasnya.

Menurut wanita berusia 37 tahun itu lagi, masalah mula timbul selepas peniaga terbabit mula membeli barang kemas lama daripada pelangan-pelanggannya.

Mana tidaknya, dia menawarkan belian balik barang kemas lama dengan harga tinggi.

Namun, harga yang dinyatakan bukanlah sampai ke tahap tidak masuk akal sebaliknya sesuai dengan kadar semasa harga emas.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Ramai yang dah terkena dengannya, malah sejak 2021 lagi sudah ada orang terkena. Tapi saya dan 15 lagi kawan terkena sejak Disember.

"Apabila pergi ke rumahnya, jiran pun menyuarakan rasa hairan kerana mereka suami isteri tidak bekerja tapi boleh hidup mewah," luahnya lagi.

Apa yang pelik, meskipun menghadapi masalah seperti itu, peniaga terbabit masih boleh menonjolkan kehidupan mewah di media sosial.

Bukan itu sahaja, dia juga masih aktif membuat jual dan beli emas walaupun kisahnya telah ditularkan kerana menipu.

"Saya dan kawan-kawan juga sudah melakukan saman sivil terhadap dia dan kami menang. Dia tak datang mahkamah dan diputuskan sebagai ingkar arahan mahkamah.

"Tapi dia tetap tak mahu bayar, jadi kami semua akan meneruskan kes ini sehingga harta dia disita... iyalah dia cakap tak mahu bayar sebab dah viral," tambahnya.

Dalam pada itu, Aznieha memaklumkan bahawa dia sedikit terkejut apabila pihak polis menyatakan tiada tindakan dapat dilakukan ke atas peniaga emas berkenaan.

"Dah naik sampai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan berjumpa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) tapi jawapan mereka 'tidak dapat buat apa-apa kerana sukarela beri emas dan wang kepada peniaga emas'," tambahnya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item