"Saya tak kisah dah, nak cakap apa pun cakaplah" Puteri Sarah tidak terganggu walaupun digelar "Janda ......... "

 

Puteri Sarah Terhibur Diusik Dengan Gelaran ‘Janda Berhias’

Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah enggan mengambil serius mengenai usikan netizen yang memanggilnya ‘janda berhias’ selepas bercerai dengan bekas suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu.

‘Janda berhias’

Puteri Sarah

Memetik laporan Harian Metro, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia tidak kisah dengan usikan tersebut dan terpulang kepada hak masing-masing itu bercakap.

Sebaliknya, dia hanya mampu tertawa apabila mendengarnya.

Saya tak kisah dah, nak cakap apa pun cakaplah. Terpulanglah, itu hak kalian. Untuk saya, ketawa saja begitulah.

Sementara itu, Sarah berkata dia juga sudah tidak peduli dengan semua ‘cakap nakal’ netizen termasuk gangguan akaun palsu yang masih diterima di media sosial.

Tambah Sarah, dia sudah ‘move on’ dan akui sedang gembira dengan kehidupan yang dijalani ketika ini.

Nak cakap apa cakaplah, saya dah tak kisah. Saya dah pernah kena yang paling teruk pun.

Insya-Allah, hujung Ogos depan saya akan kembali menjalani penggambaran. Kali ini untuk filem di Indonesia di bawah arahan Hanung Bramantyo dan akan berada di sana selama hampir tiga minggu.

Kemudian, saya akan terbabit dengan latihan teater pula dengan produksi Janna Nick. Habis persembahan teater itu, pada hujung Oktober pula, saya akan menunaikan umrah.

Sementara itu, disoal mengenai segelintir peminat yang cuba mengaitkan dirinya dengan beberapa selebriti dari Indonesia, Puteri Sarah berkata, dia juga tidak kisah dan enggan ambil serius mengenai hal itu.

Terpulanglah pada mereka (peminat) nak ‘kenen-kenen’ (kaitkan) saya dengan siapa. Itu hak mereka (peminat), kalau ia membuatkan mereka suka dan terhibur.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item