pempengaruh dari korea membuatkan netizen berasa terharu dan gembira dengan keputusannya untuk memakai hijab . dan bukan itu sahaja, dia juga menunjukan contoh yang sangat baik sehingga ibunya juga mulai berminat untuk mengenal Islam .

 

[V] Ibu tertarik belajar mengenai Islam selepas lihat Maryam pakai tudung… “Sekarang ini pakaian dia lebih tertutup daripada saya”



PERSONALITI media sosial, Maryam You Narae memberitahu ibunya iaitu Jeong Hee tertarik untuk mempelajari ilmu agama Islam selepas melihat perubahan hidupnya sebagai seorang Muslim.

Maryam, 31, berkata ibunya sudah mula menunjukkan minat untuk mengikuti gaya hidup seorang Muslim seperti memakai tudung dan bersolat.

Malah, Jeong Hee juga cuba untuk tidak lagi menyentuh perkara-perkara haram seperti memakan daging khinzir.

"Ibu memang sedang belajar tentang Islam tetapi orang kata kalau kita sebut dua kalimah syahadah baru kita masuk Islam.

maryam1 - 1

"Tapi ibu belum lagi mengucap dua kalimah syahadah.

"Sekarang ini ibu cuba untuk menjauhi makan daging khinzir dan cuba untuk memakai pakaian lebih tertutup, malah pakaiannya lebih tertutup daripada saya.

"Bila ibu lihat saya pakai tudung, dia turut meminta untuk membelikan tudung buat dirinya juga... dia pun nak cuba pakai," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbuka hati pakai tudung, Maryam kongsi kisah mula berhijab... Geram dipaksa tanggal, minta tipu netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi anak makan guna garfu... Maryam Duriankimchi menangis kena kecam, sampai hati netizen gelar 'stupid parents'

Sebelum ini, Maryam memuat naik foto membawa ibunya ke masjid untuk menunaikan solat Subuh serta menghadiahkan sepasang telekung.

Malah, ibunya turut memaklumkan tentang keinginannya membawa pulang telekung tersebut ke Korea Selatan kerana ingin belajar solat di sana.

Ibu sekarang cuba untuk menjauhi makan daging khinzir dan cuba untuk memakai pakaian lebih tertutup.

MARYAM

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Menurut Maryam, pertama kali Jeong Hee menjejakkan kaki ke Malaysia, dia sudah memasang niat untuk membawa ibunya ke masjid bagi merasai sendiri ketenangan di rumah ibadah itu.

"Salah satu hasrat saya adalah untuk membawa ibu ke masjid. Hari terakhir sebelum ibu pulang ke Korea, saya bawa ibu ke masjid untuk saya menunaikan solat Subuh.

"Saya tidak memaksanya untuk bersolat dan dia hanya duduk di sebelah saya... tetapi saya tidak menyangka sewaktu saya solat dia mengikut setiap gerak langkah saya.

maryam3 - 1

Maryam bersama suaminya, Ryzal.

"Itu yang membuatkan saya terharu dan sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang, dia meminta saya telekung yang dipakainya kerana mahu belajar solat," ujarnya.

Berkongsi mengenai kisah hijrahnya selepas tujuh bulan memakai hijab, Maryam berkata dia kini sudah terbiasa dengan imej berkenaan.

"Pertama kali saya memakai tudung, ibu sering bertanya tak panas ke? Selesa ke? Dia risau kerana cuaca di Malaysia panas.

"Saya kata kepadanya, saya lebih suka dengan gaya (berhijab) saya sekarang kerana lebih selesa.

TONTON VIDEO PILIHAN!

"Sebelum saya bertudung ramai yang memberi kecaman terhadap saya... namun saya yakin semua yang berlaku ada hikmahnya.

"Kini ramai yang mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga ibu saya... mungkin Allah mahu tunjuk rupa-rupanya masih ramai orang yang sayangkan individu bukan Islam," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Maryam buat pertama kalinya membintangi filem Mat Tudung Begins yang akan ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini.

Teruja dapat berlakon dalam filem arahan pelakon Fizz Fairuz itu, Maryam berkata dia tidak pernah menyangka akan diberi peluang beraksi di layar perak.

maryam2 - 1

Maryam teruja berlakon dalam filem Mat Tudung Begins.

"Saya tidak pernah menyangka dapat berlakon filem. Bila Fizz beri tawaran kepada saya, saya terus bersetuju dan sanggup menjalani penggambaran hingga lewat malam.

"Saya dapat banyak pengalaman daripada pelakon lain dan semuanya sangat baik hati berkongsi ilmu lakonan dengan saya.

"Sekiranya diberi peluang, saya memang ingin menyertai kelas lakonan untuk memperbaiki lakonan saya," katanya.

Selain Maryam, filem Mat Tudung Begins turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Fizz Fairuz, Achey, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud dan Mimi Peri.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item