"arwah mak bersungguh ingin semuanya bertemakan warna putih" Setelah kehilangan adiknya, kini Ubai yang bakal melangsungkan perkahwinan bersama penyanyi shiela hamzah kehilangan ibunya menjelang hari pernikahan ..

 

‘Lagi Seminggu Je Mak’ – Shila Amzah Sedih Ibu Ubai MZ Tiada Di Hari Pernikahan

Ibu Ubai MZ

Penyanyi Shila Amzah menyifatkan ibu kepada tunangnya, Ubai MZ iaitu Allahyarham Rohani Jamal seorang wanita yang penyayang dan baik hati.

‘Lagi seminggu’

Mak Ubai MZ

Menerusi hantaran di Instagram, Shila berkata dia bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk hadir dalam kehidupan arwah.

Dalam masa sama, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah akui sedih apabila arwah tidak dapat bersama-sama pada majlis akad nikahnya bersama Ubai yang bakal berlangsung sekitar minggu ini.

Mak (Rohani), terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha (Shila).

Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.

Sha sayang mak Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al-Fatihah.

Terdahulu, Ubai menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.45 petang Ahad.

Sebelum ini, Ubai memberitahu ibunya telah ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada 24 Julai lalu.

Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi susulan kanser ovari yang dihidapi.

Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi 24 Julai tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.

Untuk rekod, Ubai dan Shila telah mengikat tali pertunangan pada pada 27 Mei yang lalu dalam sebuah majlis tertutup. Difahamkan juga, mereka bakal disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah sekitar minggu ini.

Sumber: Instagram

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item