Ahli politik menjadi "haruan makan anak" disebabkan ...

 

Ahli Politik Dibuang Parti Politik, Lunyai Dipukul Orang Kampung Kerana Rogol Dua Anak Kandung

Seorang lelaki yang dipercayai merupakan ahli politik di Indonesia nyaris maut gara-gara dipukul oleh orang kampung setelah perbuatannya merogol dua anak kandung terbongkar.

Rogol hingga hamil

Memetik laporan portal Tribune News, kejadian memukul suspek itu bermula apabila seorang lelaki mendedahkan perbuatan terkutuk suspek itu dengan menggunakan pembesar suara di dalam masjid.

Orang ramai yang terkejut mendengar pendedahan itu bertindak mencari mangsa.

Suspek yang dijumpai menyorok di dalam semak samun terus diheret ke tengah jalan dan dibelasah oleh puluhan orang hingga berdarah.

Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh pihak polis yang tiba di lokasi kejadian.

Suspek kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan akibat cedera parah dipukul orang ramai manakala kedua anak perempuannya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, suspek yang dikenali sebagai Sahnan, 50, itu turut dipecat serta-merta kerana telah mencemarkan nama baik parti politik yang disertainya.

Lebih menggeramkan ialah salah seorang dari dua anak yang dirogolnya itu disahkan hamil disebabkan oleh perbuatan jijiknya itu.

Sumber: Tribune News

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item